Thursday, December 22, 2005

Kebimbangan yang meleset

Di sebalik kebimbangan banyak pihak, pencapaian subjek Sains turut meningkat daripada 14 kepada 17.4 peratus, Bahasa Inggeris daripada 13.9 kepada 16.2 peratus dan Matematik daripada 20 kepada 21.2 peratus.Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan Satu pada 2003 terbukti tidak menjejaskan pencapaian mereka.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata ini meyakinkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk mengadakan kertas soalan Sains dan Matematik PMR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang 2008."Untuk dua tahun berikut ini, kertas soalan Sains dan Matematik PMR masih diadakan dalam dua bahasa dan pelajar dibenar menjawab dalam bahasa Melayu atau Inggeris," katanya.

Sumber: Berita Harian

--------------------------------------------------------------------
Ternyata PMR 2008 masih mengekalkan kertas soalan Sains dan Matematik dalam dwi bahasa.

1 Comments:

Blogger adilllll said...

NO COMMENT....PELIK...PELIK...PELIK

7:19 AM  

Post a Comment

<< Home